Monday, May 16, 2022

KARBOHIDRAT DAN GLUKOS

Salam hormat,

Dalam usaha memerangi penyakit diabetes ini amatlah mustahak kita memahami ke dua-dua bahan ini, iatu karbohidrat dan juga glukos.

Glukos ialah sejinis gula yang paling mudah (simple sugar/simple carbohidrate). Pencernaan karbohidrat menghasilkan glukos. Kita biasa menyebut gula apabila di makan/minum ia menghasilkan glukos. Karbohidrat juga bila di cerna di dalam badan juga akan menghasilkan glukos. Bermakna bila kita memakan roti, tak kiralah roti biasa atau pun lain-lain roti yang berasaskan tepung, apabila di cerna di dalam badan juga akan menghasilkan glukos. Segala kuih muih, biskut, pulut dan nasi akan menghasilkan glukos. 

Rata-rata saya perhatikan kita banyak memakan nasi setiap kali makan. Jadi jika kita inginkan kandungan gula yang rendah di dalam badan, kenalah kita kurangkan nasi ke tahap yang sesuai dengan gaya hidup kita.

Tidak semua jenis makanan yang di sebutkan di atas akan menghasilkan kuantiti glukos yang sama banyak atau secara mendadak setiap kali kita memakannya. Banyak sedikitnya glukos yang dihasilkan oleh sesuatu jenis makanan di pandukan dengan apa yang kita sebut Glysemic Index (GI). Bahan makanan yang mempunyai nilai GI yang tinggi, mislnya GI melebihi 60, bermakna apabila di makan bahan tersebut ia akan menghasilkan glukos yang tinggi di dalam badan dalam masa yang cepat. Bermakna juga respon insulin yang juga tinggi.

Namun demikian, kesan banyak sedikitnya glukos yang akan di hasilkan tidak sama di antara individu. Banyak faktor lain yang mempengaruhi kesan akhir tersebut. Satu perkara penting yang mempengaruhi ialah kandungan serat yang terdapat di dalam bahan karbohidrat tersebut. Bermakna karbohidrat daripada sayuran, berserat tinggi, juga akan menaikkan glukos dalam badan TETAPI secara perlahan berbanding dengan karbogidrat daripada kentang goreng misalnya. Bagi saya, eloklah kita senantiasa memantau kandungan gula di dalam darah sebelum dan selepas memakan sesuatu jenis makanan. Lama ke lamaan kita akan tahu jenis makanan mana yang sesuai buat diri masing-masing.

Berdasarkan perkara di atas juga, adalah sukar untuk menggunakan sesuatu piawaian yang serupa bagi semua orang atau bagi setiap keadaan.

                “Sesuatu makanan mungkin jadi penawar kepada

             seseorang, tetapi racun pada yang lain”

Sungguh pun begitu, nilai GI bagai sesuatu jenis makanan itu wajar digunakan sebagai sefer dan panduan apabila memilih sesuatu makanan atau bahan makanan.


Sekian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)


No comments:

Post a Comment

Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...