Wednesday, September 21, 2022

Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,

 

Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebangai metabolic syndrome. Kebiasaanya kedaan ini memerlukan masa yang lama untuk ujud dan sampai ke tahap sedemikian. Satu daripada perubahan yang terdapat ialah kahadiran hormone insulin yang senantiasa tinggi di dalam badan. Kita biasa dengar perkataan hyperinsulinemia, yang menerangkan keadaan ini. Sedangkan tahap gula masih tinggi, bermakna insulin banyak tetapi tidak sensitive lagi kepada kandungan gula yang tinggi.

Bahan makanan yang kita makan yang meransang kenaikan insulin di dalam darah ialah gula, nasi putih, simple karbohidrate saperti tepung dan produknya, buah-buahan tertentu, serta jus-jus yang manis saperti yang pernah saya lakarkan pada penulisan sebelum ini.

Jadi untuk tidak mahu meransang kehadiran insulin yang tinggi di dalam darah, mengikut panduan tersebut adalah mudah sahaja, iaitu dengan TIDAK memakan makanan yang saya sebutkan di atas. Lain perkaataan kita “berPUASA” daripada memakan makanan berkenaan.

Dari sudut agama, amalan berpuasa bermakna menahan diri daripada makan dan minum selama lebih kurang 12 jam sehari, seperti mana yang bias akita lakukan di bualan Ramadhan setiap tahun. Bagi tujuan mencegah serta merawat diabetes, mengikut pengalaman saya, kita boleh amalkan berpuasa  sunat setiap Isnin dan Khamis.

Dari sudut “berPUASA” yang saya maksudkan di atas pula, kitab oleh memanjangkan masa kita tidak makan makanan yang di sebutkan, tetapi kitab oleh minum air putih biasa sahaja. Misalnya, waktu malam terakhir sekali ialah jam 9.00 malam. Kita jangan makan makanan yang disebut sehingga ke tengah hari keesokan harinya. Bermakna anda telah “berPUASA” daripada bahan maknan yang saya sebutkan selama  15 jam. Jika anda mamapu lakaukan perkara ini, pengalaman saya mudah dan mampu di buat, cuba lihat kesanya setelah anda amalkan selama dua minggu. Lihat pergerakan berat badan, tekanan darah dan kandungan gula di dalam darah anda.

Saya makan telor goreng (tiga biji) dan sekeping roti yang dibakar dengan butter untuk makan tengah hari. Saya minum air lemon bercampur madu. Sebelah petang atau malam pula saya makan satu senduk nasi puth beserta gulai/lauk ikan atau pun telor. Sangat baik jika anda tambah makanan ini dengna memakan sayuran yang biasa anada makan.

Cuba anda pantau semula parameter yang saya sebutkan di atas setelah sebulan. Jika ianya membawa kepada perubahan yang positif, teruskan. Anda akan terus sihat jika amalan pemakanan sebegini anda lakukan sepanjang masa. Kesanya lagi baik jika anda juga gandingkan berpuasa pada setiap isnin dan Khamis. Ins ha Allah.

Amalan sedemikian akan menurunkan kandungan insulin di dalam darah, anda akan rasa lebih sihat dan selesa. Perbuatan ini juga meningkatkan tahap sessitiviti insulin anda kepada glukos yang terdapat di dalam darah.

Kaji semula, cari lain pendapat mengenai keedah ini, dan jika berfaedah amalkan. Semuga Berjaya.

 

Sekian,

 

Dr Azizol Bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS).


Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...