Tuesday, June 28, 2022

BERHATI-HATI TERHADAP SARANAN PIRAMID MAKANAN

Salam Hormat,

Kita semua telah mengetahui bahawa perkembangan penyakit diabetes terus meningkat ke paras yang membimbangkan banyak pihak. Satelah membuat beberapa penyelidekan dan analisa, saya berpendapat cadangan pengkelasan  bahan makanan mengikut saranan yang di gambarkan dalam piramid makanan (KKM, 2022) perlu di kaji dan disusun semula. Jika cadangan yang terdapat di dalam piramid makanan ini betul dan baik, maka tidak seharusnya gejala diabetes di kalangan masyarakat seolah-olah tidak terkawal. Demikian juga dengan keadaan kegemukan (obes).

Sehingga ke hari ini, jika saya nyatakan supaya kita tingkatkan pemakanan lemak, bagi mengurangkan kesan insulin di dalam darah seseorang, masih ramai yang merasakan nasehat tersebut pelik dan berbahaya. Sedangkan penyelidekan jelas menunjukkan lemak adalah sejenis makanan yang paling baik untuk menangani kes-kes diabetes. Demikian juga dengan makanan yang mengandungi protin yang tinggi, saperti telor, ikan dan daging ayam.


                                       PIRAMID MAKANAN 2022


Perasaan takut itu juga boleh dikaitkan dengan amaun serta kuantiti lemak  dan protin yang patut di makan berasaskan piramid makanan sedia ada.

Kita lihat di dalam pyramid makanan (gambar di atas ), jelas menunjukkan bahan makanan daripada bijirin serta karbohidrat merupakan komponen yang banyak yang harus di makan seseorang. Sedangkan, apabila seseorang meningkat umurnya, ia haraus mengurangkan pemakanan karbohidratnya. Untuk menambah keperluan sumber tenaga yang telah dikurangkan, seseorang digalakkan memakan lebih banyak protin dan lemak serta sayuran. Perhatikan lemak berkedudukan di atas sekali bahagian pyramid tersebut.

Mungkin ada eloknya dan mempermudahkan bagi golongan yang telah berusia dan bagi merka yang mengidap diabetes, menggunakan panduan pyramid yang baharu dan berbeza serta khusus bagi mereka ini. Saya ulangi di sini sekali lagi, bagi mereka yang diabetic, pemakanan mereka misti mengandungi bijiran serta karbohidrat yang paling sedikit, serta memperbanyakkan memakan protin, saperti telor, ikan, daging ayam  dan juga lemak, saperti butter, minyak sapi, minyak kelapa, dan buah avokardo. Mereka juga disarankan supaya banyak memakan sayur serta buah-buahan tempatan.

 

Sekian,

 

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS). 


Sunday, June 26, 2022

DI MUSIM DURIAN KENA PANTAU GULA DALAM DARAH

Salam hormat,


Sekarang di tempat saya adalah musim durian. Saya dengar cerita demikian juga di negeri Johor, Kedah dan Pahang. Maknanya sukar jugalah untuk mengelak daripada tidak memakan durian, tambahan pula terlalu banyak di media sosial mempamirkan isi durian yang berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.

Berikut adalah log makanan saya sepanjang hari semalam, 26hb Jun, 2022.

1. Sarapan pagi: Jus lemon bermadu,

                         Multivatimin & minerals (2 capsules),

                         Telor rebus (3 biji ), dan kuih karipaf (2 biji),

2. Tengah hari: Roti manis (satu keping),

                       Limau langkat (satu biji),

                       Fish oil (1 capsule), Vitamin D3 ( 2 capsules)

3. Petang (kira jam 4 ptg): Durian (4 ulas),

                                        Pisang berangan (1 biji).

4. Malam (kira jam 8 mlm): Durian (seulas),

                                         Nasi putih( satu mangkuk kecil),

                                         Kuah singang ikan, tempoyak, ulam bawang.

                                         Sedikit Ikan goreng .

5. Lewat malam(kira jam 11 mlm): Kueh karipaf( 1 biji ).


Pagi hari ini saya lakukan saringan gula di kedai farmasi Kuala Klawang. Saya dapati, Alhamdullilah, bacaan gula saya pada tahap 5.4mm/L, saaperti di dalam gambar berikut.


                                 Bacaan gula pagi 27hb Jun, 2022


Nampaknya bagi diri saya, memakan sedikit isi durian serta amalan pemaakanan rendah karbo saperti yang biasa saya amalkan tidak menaikkan kandungan gula di dalam darah. Bagi anda yang lain, yang mengamalkan makanan saperti biasa, saya sarankan elok saring darah dari masa ke semasa. Jika meningkat, sekurangnya anda boleh mengambil tindakan awal untuk menurunkan semula kandungan gula tersebut.


Sekian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Saturday, June 18, 2022

HEYKAL HANIFAH TAK MAKAN NASI SEJAK 2019 DAN MAKAN 12 BIJI TELOR SEHARI

Salam hormat,

Demikianlah satu kenyataan di dalam akhbar HARIAN METRO pada 13hb Jun, 2022.

Daripada penulisan tersebut ternyata gaya pemakanan yang diamalkan telah memberikan kesan positif kepada kesihatan beliau. Sebelum mengamalkan pemakan di atas berat badan beliau ialah sekitaran 118 ke 121 kg. Kini berat badan beliau telah turun secara perlahan-lahan ke tahap 75 kg. Beliau dapati juga tahap kolesterol dan kencing manis telah terkawal dan kembali normal.

“Sejak 2019 saya sudah tak ambil minuman manis. Karbohydrat banyak cut, lebihkan ambil protin, ayam ikan dan telor , itu sahaja” katanya lagi. 

Apa yang diamalkan oleh beliau adalah merupakan satu contoh high protein-fat and low carb diet, yang mana telah terbukti berkesan untuk mewujudkan kesan saperti mana yang disebutkan. Perhatikan juga beliau tidak menghadapi masaalah tentang kandungan kolesterol di dalam darah, bahkan kembali normal selepas memakan 12 biji telor sehari untuk beberapa lama. Saya percaya ramai di antara kita yang masih berasa takut akan pemakanan yang mengandungi banyak kolesterol saperti telor ini dan makanan lain yang berbentuk high satutared fats.

Ketika ini saya memakan antara 3 ke 5 biji telor setengah masak setiap hari. Alhamdullilah, tiada sebarang masaalah. Seloknya makan telor yang organik atau sumber daripada ternakan ayam kampung tulin.

Jadi bagi mereka yang berdepan dengan berat badan yang berlebihan serta kandungan gula di dalam darah yang tinggi (kencing manis) saya sarankan amat sesuailah mengamalkan gaya pemakanan saperti yang di sebutkan di dalam ahkbar tersebut.


Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd sharun (DVM, MAgrS)

 

 


Saturday, June 4, 2022

STRATEGI KESELURUHAN MAKANAN SAYA

Salam hormat,

Purata untuk sehari, saya mengamalkan memakan makanan yang mengandungi SEDIKIT KARBOHIDRAT, LEBIHKAN PROTIN DAN LEMAK. Orang putih kata low carbs diet.

 Dari sudut amalannya,

1.   Saya tidak makan gula, berhenti terus,

2.   Tidak memakan makanan yang bergula dan manis,

3.   Saiz hidangan nasi dikecilkan kepada suku pinggan sahaja.

Pada masa yang sama, saya juga tingkatkan memakan sayuran hijau tempatan, sama ada di gulai atau pun di goreng. Memakan buahan hampir setiap hari, tak kiralah buah apa yang ada di pasaran tempatan. Di antara buah yang kerap saya makan termasuklah limau oranges, limau langkat, apple, pisang, betik, buah kiwi, jambu madu, anggur dan sesekali buah tembikai atau nenas. Saya juga makan buah avokardo dan kuinin apabila ada bekalan di pasaran tempatan. Buah avokardo adalah merupakan sumber nutrien lemak yang bagus untuk kita dan sesuai untuk mereka yang diabetic.


                                                                Pelbagai buahan



                                                            Avokardo tempatan

Di mana yang boleh, saya memilih untuk memakan makanan yang tidak di proses. Maksudnya tidak mengamalkan makanan segera. Mungkin dalam sebulan itu adalah sekali, itu pun disebabkan keadaan tertentu. Memakan buah oranges adalah lebih baik daripada meminum jus oranges. Memakan buah apple adalah lebih baik daripada meminum jus apple, dan sebagainya.Jus oranges, bagi saya telah diproses berbanding dengan buah oren asli itu sendiri. Sama jugalah dengan jus apple.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

 

Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...