Sunday, July 10, 2022

BITAMIN DAN GARAM GALIAN UNTUK KENCING MANIS

Salam hormat,

Pengalaman saya di masa dahulu, sebaik sahaja saya mendapati kandungan gula di dalam darah saya terlalu tinggi dan selepas saya didiagnose di hospital yang saya mengidap diabetes, satu daripada tindakan pertama saya ialah memakan  bitamin B12 setiap hari. Jenama makanan tambahan yang saya gunakan ialah Mecomin. Saya mengamalkan bitamin ini sehingga kandungan gula di dalam darah saya menurun hampir ke paras biasa. 

                                                 Mecomin

Saya mengamalkan bitamin ini setelah saya mendapati, melalui kajian di internet, bahawa bitamin ini diperlukan bagi mengelakkan kerosak pada saraf, khususnya saraf yang halus. Saya cuba memastikan supaya kerosakan tidak berlaku atau sekurangnya dapat diperlahankan khususnya yang melibatkan saraf di bahagian mata. Biasa kita lihat salah satu kesan sampingan penyakit ini ialah hilang penglihatan(buta).

Melalui satu penulisan oleh seorang doctor perubatan, sebelum saya mengidap diabetes, beliau menyarankan untuk kekal sihat seseorang perlu menambah makanan tambahan yang mengandungi zat Alpha Lipoic Acids(ALA). Kemudianya saya dapati ianya juga bolih membantu memperbaiki kerosan saraf akhibah diabetes. Sekarang di pasaran tiada lagi di dapati ALA ini dalam bentuk tulin(pure). Ia boleh di beli di kedai ubat (farmasi), tetapi dengan gandingan zat galian tertentu dan  dikeluarkan oleh syarikat Bio-Life.

Sebenarnya terdapat lagi beberapa bitamin dan garam galian yang bolih membantu memperbaiki kerosan saraf. Selain bitamin B12, bitamin B1 dan bitamin B complex juga sesuai. Galian yang biasa di sarankan pula ialah Zinc.

Selain daripada itu telah disarankan juga supaya kita mengamalkan memakan kunyit dan cod liver oil . Jika kita amalkan memakan gulai kuning, misalnya lemak cili padi atau kari, maka anda telah memakan banyak kunyit yang juga mujarab bagi tujuan yang sama. Ada orang mengamalkan air kunyit, misalnya dalam bentuk jamu. Amnya kunyit, dimana bahan aktifnya cucumin, adalah bagus untuk mengatasi radangan di dalam badan. Misalnya radangan di pembulih darah yang menghantar nutrisi ke system saraf seseorang.

 

Jamu Air Kunyit

Berdasarkan kepada kepentingan ini, saya setiap hari mengamalkan memakan multivatimins dan garam galian(multi) setiap pagi sehingga ke hari ini.

 

Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM,MAgrS).

 


No comments:

Post a Comment

Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...