Wednesday, February 16, 2022

TERUS MENCARI ILMU DALAM PERKARA INI

Salam hormat,

Sebagai satu kenyataan dasar, kebanyakkan bahan penulisan dan tips-tips yang saya paparkan di sepanjang penulisan ini berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri dalam uasah mengawaal dan merawaat diabetes.

Ingat, tiada dua orang pun di dalam dunia ini yang sama. Bermakna, apa yang berkesan dan sesuai kepada usaha saya, kemungkinannya tidak berkesan atau sesuai diguna pakai oleh orang lain. Mungkin dalam keadaan tertentu pula, apa yang di paraktikkan boleh membawa perubahan kepada mereka yang mengamalkannya.

Sehubungan dengan senario ini, saya amat mencadangkan anda terus berusaha mencari ilmu serta kaedah tambahan yang sesuai untuk anda cuba. Kini saya dapati ada beberapa para profesional dan ilmuan di dalam hal ini yang memberikan keterangan yang baik dan jelas melalui platform media sosial dan buku-buku tertentu. Sebagai contoh, di dalam U-Tube, terdapat beberapa siri video yang bagus-bagus untuk anda tontoni bagi menambah kefaham anda dalam usaha anda merawat diabetes. Ada yang berbahasa Melayu dan ada juga profesional antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris di dalam penyampaianya.

Saya dapati dan mencadangka supaya anda menonton siri video yang di terbitkan oleh Dr Nordin Darus, Dr Norman, Dr Jason Fung atau pun Dr Joel Wallach daripada Amerika. Banyak pengajaran penting yang anda akan dapati daripada video dan ceramah mereka-mereka ini. Cubalah.

Terbaik juga jika anda dapat mengikuti cerita atau kisah kejayaan beberapa individu tempatan yang telah pun berjaya di dalam usaha mereka merawat penyakit diabetes, sama ada di Face Book, internet atau pun lain-lain media sosial yang ada hari ini. Banyak munafaatnya.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Saturday, February 12, 2022

KALAU HENDAK SERIBU DAYA

Salam hormat,

Kejayaan seseorang di dalam memulihkan penyakit diabetes nya bergantung besar kepada disiplin serta komitmen diri yang berterusan sehingga berjaya. Untuk makluman anda semua, kini sudah beribu individu di negara kita yang telah berjaya dalam usaha gigihnya memulihkan diri daripada penyakit yang mengerunkan ini.

Kenyataan di atas adalah benar dan terbukti melalui pengalaman saya sndiri. Perkara yang sama juga telah dilakarkan oleh beberapa penyelidek terkemuka dunia dalam penyakit ini. Kata orang dulu-dulu kala hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Memang betul.

Kerana apa seseorang itu memerlukan disiplin yang tinggi serta komitmen yang berterusan? Satu daripada sebabnya ialah usaha mengawal dan akhirnya memulihkan penyakit ini, bergantung kepada keadaan individu di peringkat mulanya, memerlukan sedikit masa. Pengalaman saya sehingga setahun, baharu menampakkan perubahan bacaan gula di dalam darah seperti yang di harapkan. Paling cepat anda boleh lihat kesan usaha anda( yang betul dan terbukti ) ialah 2 minggu. Jadi disiplin yang ketat adalah amat perlu.

Satu perkara lagi, seseorang itu akan berdepan dengan tabiat atau gaya hidup yang telah dipegang sekian lama, memang sukar untuk di ubah. Tanpa kehendak yang kuat pelanggaran sesuatu disiplin itu akan kerap berlaku, akhirnya penyakit diabetes nampak macam tidak boleh di ubati sepenuhnya. Saya maksudkan, misalnya, memang sukar bagi seseorang yang biasa minum minuman yang manis, tiba-tiba saya syaratkan supaya memberhentikan memakan makan dan minuman bergula. Boleh? Begitu juga jika saya menyarankan supaya anda mengurangkan nasi yang di makan pada setiap kali makan kepada separuh pinggan atau suku pinggan sahaja. Boleh? Pengalaman saya memang susah. Dengan kesabaran dan teruskan usaha akhirnya boleh.

Satu perbuatan yang terbukti boleh membantu dalam mengurangkan gula dalam badan ialah dengan mengamalkan puasa sunat, 2 kali dalam seminggu. Berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Belum tahu sama ada anda mampu melakukannya atau pun tidak sehingga anda benar-benar sembuh, sedangkan puasa di bulan Ramadan pun ramai yang gagal melaksanakannya.

Jadinya di dalam usaha mengawal dan akhirnya merawat penyakit diabetes ini banyak budaya atau pun gaya hidup yang biasa kita buat akan terpaksa di korbankan. Satu cabaran yang besar buat anda yang hendak memulihkan penyakit dibetes nya. Itu sebabnya saya mengatakan, kalau betul-betul hendaklah, is sha Allah kita boleh. Kuatkan azam anda untuk mencoba dan berusaaha dengan gigih untuk berjaya.

Akhir sekali, pengalaman saya juga membuktikan , anda misti take charge dan take control kesihatan diri anda dan senantiasa meneliti pergerakan penyakit anda dari masa ke semasa. Pengalaan saya menunjukkan, menyerahkan diri serta penyakit kita 100% kepada para profesional perubatan, adalah tidak sesuai, jika kita hendak memulihkan diabetes ini. Mereka mempunyai satu kaedah dan protokol yang semua para profesional perubatan gunakan untuk menangani masaalah diabetes dan saya perhatikan pendekatan pemakanan sebagai usaha memulihkan penyakit ini tidak langsung diberikan perhatian. Kemungkinan besar mereka ini tidak menerima latihan dalam bidang ini secukupnya.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS)

Saturday, February 5, 2022

KES DIABETES TERUS MENINGKAT DI SELURUH DUNIA DAN DI MALAYSIA.

Salam hormat,

Mengikut satu penulisan, pada tahun 2013 terdapat sejumlah 382 juta penduduk dunia mengidap penyakit ini. Menurut penulisan itu lagi, jumlah penduduk dunia yang akan mengidap penyakit ini dijangka terus meningkat dan dianggarkan pada tahun 2035 seramai 592 juta penduduk dunia mengidap penyakit ini.

Di Malaysia pula, mengikut sumber yang sama, pada tahun 2011 terdapat kira-kira 10.7% golongan yang berumur 30 tahun ke atas mengidap diabetes. Ini bermakna jumlah mereka yang mengidap penyakit ini mencecah 3.028 juta orang.

Dalam satu bancian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), pada tahun 2019 terhadap penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, didapati kira-kira 3.9 juta menghidap diabetes. Bancian berkaitan juga memaparkan satu keadaan pertambahan kes yang terus meningkat setiap tahun sehingga ke tahun 2021. Dari sudut kos perubatan yang ditanggung kerajaan pula, dianggarkan sebanyak RM836 juta telah dibelanjakan pada tahun 2009. Satu amaun yang tinggi dan terus meningkat sejajar dengan trend peningkatan kes setiap tahun.

Apa yang turut membimbangkan ialah ramai juga dalam kalangan masyarakat, khususnya yang berumur dalam lingkungan 30-40 tahun yang mengalami penyakit ini tetapi tidak menyedarinya.


Sekian,



Terima Kasih




Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS) 

Wednesday, February 2, 2022

STRESS DAN ATAU TIDAK BOLEH TIDUR MALAM BOLEH MENAIKKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH

Salam hormat,

Sebelum ini saya mengatakan anda perlu membuat saringan gula di dalam darah selepas berpuasa 12 jam. Kebiasaanya kita akan berpuasa sebelah malam sewaktu kita hendak tidur.

Pengalaman saya mendapati jika anda dalam keadaan tertekan (stress) dan tidak boleh tidur semalaman, bacaan gula anda akan meningkat dan tinggi daripada normal pada keesokkan harinya. Bacaan tekanan darah anda juga akan turut tinggi daripada biasa. Tidur yang kerap terganggu juga boleh menaikkan bacaan gula anda.

Jadi penting anda membuat saringan ini apabila anda boleh tidur saperti biasa dan tanpa gangguan mental (mental stress).

Untuk makluman sahaja, pengalaman saya juga mendapati bacaan gula akan tinggi dalam tempoh 2 jam selepas makan. Misalnya, 13 ke 21mm/L. Saringan yang dibuat tanpa berpuasa agak sukar dinilai.



Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS) 

Tuesday, February 1, 2022

PENYAKIT DIABETES

 Salam hormat,

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit diabetes atau kencing manis ini?

Dalam bahasa yang ringkas, diabetes ialah suatu keadaan yang dialami oleh individu, di mana paras gula (glucose/glukosa) di dalam darah individu berkenaan senantiasa tinggi daripada paras biasa.

Paras biasa/normal glukos di dalam darah ialah antara 5.5mmol/L – 6.7mmol/L

Dalam keadaan yang sihat, bacaan gula seseorang selepas berpuasa 12 jam (fasting blood glucose level) biasanya dibawah paras 7.0 millimol/Liter darah(mm/L). Misalnya, anda akhir makan malam kira-kira jam 9.00 malam, di pagi keesokkan harinya sebelum sarapan kira-kira jam 10.00 pagi anda buat saringan gula dan di dapati bacannya 14mm/L. Anda mungkin telah mula mengidap diabetes.

Saya sarankan anda buat saringan ini untuk beberapa hari, dan jika kesemua bacaan melebihi paras normal di atas, kemungkinan besar anda mengidap diabetes. Untuk pengesahan elok anda buat saringan darah pula untuk mendapatkan bacaan HbA1c. Jika bacaan HbA1c darah anda melebehi 6.4% (5.6%-6.4% paras normal) maka boleh disahkan anda telah mengidap diabetes.

Bacaan HbA1c ialah purata paras glukos di dalam darah seseorang bagi tempoh 3 ke 4 bulan sebelum tarikh persampelan darah berkenaan. Ia merupakan ujian yang lebih tepat.


3 JENIS DIABETES

Terdapat 3 jenis diabetes.

1. Type 1 Diabetes Meletus (T1DM),

2. Type 2 Diabetes Meletus (T2DM), dan

3. Gestational diabetes meletus.


Type 1 Diabetes Meletus

1. Biasa berlaku pada kanak-kanak dan remaja,

2. Disebebkan organ pankreas anak-anak ini tidak menghasilkan hormon insulin.


Type 2 Diabetes Meletus

1. Biasanya berlaku pada orang yang telah dewasa,

2. Disebabkan pengurangan penghasilan hormon insulin oleh organ pankreas,

3. Lebih daripada 80% kes penyakit diabetes adalah daripada jenis ini.


Gestational Diabetes Meletus

1. Biasanya berlaku apabila seseorang wanita itu hamil atau mengandung,

2. Disebabkan pengurangan penghasilan hormon insulin oleh organ pankreas,

3. Keadaan ini biasanya akan kembali normal selepas melahirkan anak.


Sekian dahulu,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)



JIHAD MEMBASMI PENYAKIT KENCING MANIS ATAU DIABETES

Salam Hormat,

Di tahun baharu ini saya berdepan dengan satu masaalah kesihatan, iaitu kegagalan fungsi buah pinggang.

Saya terlantar di hospital Tuanku Jaafar Seremban selama 3 minggu. Ini adalah merupakan kali pertama dalam sejarah kehidupan saya masuk hospital, setelah berumur 67 tahun. Ia juga merupakan satau pengalaman baharu berkaitan kesihatan diri khususnya berkiaitan kesihatan buah pinggang.

Di sepanjang tinggal di wad hospital, rata-rata saya dapati kebanyakkan mereka yang menghidap masaalah kegagalan fungsi buah pinggang ini berpunca daripada penyakit kencing manis atau pun diabetes, dan/atau masaalah tekanan darah tinggi. Pemerhatian saya di sepanjang tempoh tersebut, jika diabetes dapat di kawal atau dibasmi, masaalah penyakit lain akan turut dapat di kawal dan di rawat dengan baik.

Memandangkan saya ada sedikit pengalaman di dalam menempuhi penyakit diabetes ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan seramai individu yang mingkin supaya lebih ramai akan dapat mengecapi semula tahap kesihatan yang baik. In sha ALLAH

Pngalaman saya menunjukkan penyakit diabetes ini boleh di rawaat dan dipulihkan sepenuhnya. Kerana saya telah pulih daripada penyakit ini.

Semasa berada di wad pesakit buah pinggang, saya berniat, jika saya pulih daripada gejala kegagalan buah pinggang ini, setelah melakukan kaedah perubaatan yang di lalui, saya berniat untuk membantu seramai mereka yang mungkin, bagaimana mereka boleh mengawal dan mencegah diabetes. Harapan saya dengan terkawalnya penyakit ini, mereka-mereka ini dapat seterusnya mengawl penyakit-penyakit lain, termasuk kegagalan fungsi buah pinggang.

Saya wujudkan blog ini, sebagai salah satu daripada usaha tersebut, khas bagi tujuan berkongsi pengalaman tersebut. Bagi mereka yang berdepaan dengan masaalah ini, selalulah mengikuti pandangan serta tips-tips berkaitan pengawalan diabetes di blog ini. Mudah-mudahan diperbaiki kesihatan kita semua, in sha Allah.

Sekian dahulu,

Terima Kasih



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)


Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...