Monday, May 16, 2022

KARBOHIDRAT DAN GLUKOS

Salam hormat,

Dalam usaha memerangi penyakit diabetes ini amatlah mustahak kita memahami ke dua-dua bahan ini, iatu karbohidrat dan juga glukos.

Glukos ialah sejinis gula yang paling mudah (simple sugar/simple carbohidrate). Pencernaan karbohidrat menghasilkan glukos. Kita biasa menyebut gula apabila di makan/minum ia menghasilkan glukos. Karbohidrat juga bila di cerna di dalam badan juga akan menghasilkan glukos. Bermakna bila kita memakan roti, tak kiralah roti biasa atau pun lain-lain roti yang berasaskan tepung, apabila di cerna di dalam badan juga akan menghasilkan glukos. Segala kuih muih, biskut, pulut dan nasi akan menghasilkan glukos. 

Rata-rata saya perhatikan kita banyak memakan nasi setiap kali makan. Jadi jika kita inginkan kandungan gula yang rendah di dalam badan, kenalah kita kurangkan nasi ke tahap yang sesuai dengan gaya hidup kita.

Tidak semua jenis makanan yang di sebutkan di atas akan menghasilkan kuantiti glukos yang sama banyak atau secara mendadak setiap kali kita memakannya. Banyak sedikitnya glukos yang dihasilkan oleh sesuatu jenis makanan di pandukan dengan apa yang kita sebut Glysemic Index (GI). Bahan makanan yang mempunyai nilai GI yang tinggi, mislnya GI melebihi 60, bermakna apabila di makan bahan tersebut ia akan menghasilkan glukos yang tinggi di dalam badan dalam masa yang cepat. Bermakna juga respon insulin yang juga tinggi.

Namun demikian, kesan banyak sedikitnya glukos yang akan di hasilkan tidak sama di antara individu. Banyak faktor lain yang mempengaruhi kesan akhir tersebut. Satu perkara penting yang mempengaruhi ialah kandungan serat yang terdapat di dalam bahan karbohidrat tersebut. Bermakna karbohidrat daripada sayuran, berserat tinggi, juga akan menaikkan glukos dalam badan TETAPI secara perlahan berbanding dengan karbogidrat daripada kentang goreng misalnya. Bagi saya, eloklah kita senantiasa memantau kandungan gula di dalam darah sebelum dan selepas memakan sesuatu jenis makanan. Lama ke lamaan kita akan tahu jenis makanan mana yang sesuai buat diri masing-masing.

Berdasarkan perkara di atas juga, adalah sukar untuk menggunakan sesuatu piawaian yang serupa bagi semua orang atau bagi setiap keadaan.

                “Sesuatu makanan mungkin jadi penawar kepada

             seseorang, tetapi racun pada yang lain”

Sungguh pun begitu, nilai GI bagai sesuatu jenis makanan itu wajar digunakan sebagai sefer dan panduan apabila memilih sesuatu makanan atau bahan makanan.


Sekian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)


Monday, May 9, 2022

KEKURANGAN ZAT GALIAN TERTENTU PENYEBAB DIABETES

Salam hormat,

Dalam kajian saya mendapati beberapa penyelidikan di dalam bidang perubatan telah membuktukan bahawa semua jinis penyakit berpunca daripada kekurangan satu atau beberapa zat galin tertentu untuk satu tempoh masa yang agak lama.

Menurut seorang pakar penyelidik sain terkemuka, Dr Pauling, pernah berkata,daripada 4 kumpulan nutriens, kekurangan garam galian adalah yang paling kerap dan banyak berlaku, serta menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit kronik yang kita hadapi. Sehinggakan Dr. Linus Pauling seterusnya menyatakan bahawa:-

                You can trace every sikness, every disease and

                every ailment to a mineral dificiency.

                       (Jika anda kaji punca semua jenis penyakit, anda

                       akan dapati ia misti berpunca daripada kekurangan

                       garam galian tertentu )


Bagi penyakit diabetes telah di dapati kekurangan zat galian mikro, khususnya cromium dan vanadium, yang berpanjangan telah menghalang sel-sel di dalam badan daripada memindahkan gula daripada dalam darah ke dalam sel-sel untuk di gunakan menghasilkan tenaga. Kesanya kandungan gula di dalam darah terus meningkat dan berlakulah keadaan diabetes. Di dalam satu ujian makmal telah dibuktikan dengan memberikan tikus-tikus yang mengidap diabetes suntikkan kedua garam galian ini, penyakit diabetes yang dihidapi sembuh.

Berpandukan kepada penemuan tersebut, kesan yang sama telah juga di perolehi pada manusia.

Atas kepentingan ini, saya sehingga ke hari ini terus mengamalkan memakan multivitamin and minerals setiap hari, biasanya di sebelah pagi. Pastikan makanan tambahan tersebut turut mengandungi ke dua-dua garam galian berkenaan. Saya turut memakanan bahan makan lain yang banyak mengandungi garam galian tersebut sebagai salah satu usaha untuk mengawal kandungan gula dan respon insulin di dalam darah serta untuk kesihatan badan keseluruhannya.

Makanan yang mengandungi sumber chromium, di antarnya:-

1. Chinamon,

2. Apple,

3. Brocoli,

4. Tomato,

5. Bawang,

6. Pisang, dan

7. Telor( kuning telor).


Makanan yang mengandungi galian vanadium pula, termasuklah:-

  1. Lobster, oyster (shellfish),

  2. Cendawan,

  3. Hasil tenusu,

  4. Spinah dan

  5. Black papper.


Jadi amatlah mustahak anda mengamalkan memakan bahan-bahan berkenaan dari masa ke semasa untuk mendapatkan galian-galian berkenaan. Makan bahan yang organik dan jika tenusu adalah di galakkan supaya memakan hasil ternakan yang meraggut atau grass fed.

Ada ketikanya saya meminum rebusan chinommon dan apple hijau. Perhatikan juga kebaikan telor dalam memberikan galian chromium. Itu di antar sebab kenapa saya mengamalkan memakan 3 ke 4 biji telor rebus setengah masak setiap hari di waktu sarapan pagi.

Alhamdulilah strategi tersebut berkesan buat diri saya sehingga ke saat ini.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS).



Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...