Saturday, April 30, 2022

KESAN MAKRONUTRIEN TERHADAP INSULIN

Salam hormat,

Kebiasaanya makanan yang kita makan terbahagi kepada tiga nutrien utama, iaitu karbohidrat, protin dan lemak. Di dalam satu-satu makanan itu terdapat kombinasi ke tiga-tiga nutrien ini pada pelbagai nisbah.

Mengikut pengalaman saya, kesan setiap nutrien ini terhadap insulin perlu di ketahui jika kita ingin mengawal kandungan gula di dalam darah dengan lebih mudah dan seterusnya juga insulin. Ke tiga-tiga komponen makanan ini memberikan ransangan yang berbeza, saperti yang di paparkan di dalam rajah berikut:-

Daripada rajah ini kita dapat lihat makanan karbohidrat memberikan respon insulin tertinggi, berbanding dengan protin dan lemak. Makanan lemak ialah makanan yang paling sedikit menghasilkan kenaikan insulin dan juga gula di dalam darah selepas memakannya. Hampir tiada respon insulin.

Jadi sebagai satu strategi merawat dan mengawal diabetes yang saya telah amalkan ialah mengurangkan memakan karbohidrat dan meniakkan komponen protin dan (atau) lemak di dalam sesuatu makanan. Saya menaikkan protin atau pun lemak bagi menambah keperluan tenaga(calorie) dari makanan tersebut akibah penurunan kuantiti karbohidrat yang di makan.

Kadang kala di sebelan malam, setelah beberapa lama selepas makan malam saya terasa lapar. Saya memakan 2 ke 3 biji telor, samada yang di goreng atau di rebus. Cara begini saya mampu mengelakkan kenaikan gula dan insulin di dalam darah. Kadangkala saya meminum susu, tanpa menambah gula di dalamnya.

Apabila terdapat bekalan buah avokardo tempatan, saya memakan sebiji dua, mengantikan telor tadi. Meminum santan kelapa juga adalah sesuai. Di antara makan lemak lain yang ada di pasaran termasuklah Cheese, choklat hitam (dark chocolate), ikan yang berlemak tinggi atau minyak ikan (fish oil), bijirin seperti badam, wallnuts, dan macademia, virgin coconut oil(VCO) dan full-fat yourgut.

Lemak haiwan yang lain juga sesuai bagi tujuan ini, seperti minyak sapi dan lepar susu.


Fikir-fikirkan.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Friday, April 8, 2022

MAKAN MALAM ULANG TAHUN PERKAHWENAN

Salam hormat,

Sebelum ini saya menjanjikan akan bercerita satu pengalaman saya bagaimana saya mulanya mengetahui yang makanan gandingan protin dan carbohidrat tidak menaikkan kandungan gula di dalam darah. Ia berlaku pada suatu malam di salah sebuah hotel terkemuka di Seremban, kira tiga tahun yang lepas, di mana ketika itu saya dibelanja makan malam sempena ulang tahun perkahwenan.

Pada awal lagi saya telah di maklumkan akan menu yang akan di jamu pada malam tersebut. Saya memang terasa bimbang, pada ketika itu saya masih dalam usaha memastikan kandungan gula di dalam darah saya senantiasa terkawal. Di Dalam keadaan bimbang itu, saya terpaksa makan juga kerana telah dibelanjakan. Saya masih ingat, makanan utama ialah daging (steak) lembu yang di masak dengan black paper, memang sedap nampaknya. Habis saya makan, seterusnya pula di datangi dengan sepotong kek black forest. Dalam hati saya habislah saya, besok kandungan gula di dalam darah saya mesti naik tinggi. Saya juga di hidangkan dengan minuman yang bergula. 


                                                          Makan Hidangan Beef Steak

                                                              Makan Sepotong Cake

Dalam hati saya, tak apalah sesekali dan untuk memenuhi hasrat dan permintaan pihak yang berbelanja.

Antara malam tersebut sehinggalah ke tengah hari besoknya, saya menjalankan aktiviti saperti biasa. Pada jam 3.30 petang seperti kebiasaannya saya akan ke bandar untuk melakukan saringan gula di dalam darah. Selepas itu saya akan makan tengahhari.

Saya terperanjat mendapati yang bacan gula di dalam darah saya di bawah paras normal, ia itu 6.3mm/L. Saya memang tertanya-tanya, kenapa yer kandngan gula saya tidak naik tinggi, sedangkan saya makan makanan yang bergula dan berat malam sebelumnya.

                                                         Bacaan Gula Ke esokkan Harinya

Saya terus membuah kajiselidek di internet sebelah malamnya. Rupanya memang ada pakar yang memberitahu bahawa gandingan protin dan karbohidrat di dalam makanan tidak kana memaikkan kandungan gula. Seterusnya banyak lagi pakar-pakar yang memberikan pendapat yang sama. Bagi diri saya, sehingga ke hari ini, jika saya memakan karbohidrat, saya akan cuba gandingkan dengan sedikit protin juga. Anda cubalah, in sha Allah.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)



Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...