Tuesday, March 29, 2022

INDEK GLISIMIK BAHAN MAKANAN

Salam Hormat dan bertemu kembali, di doakan anda semua berkeadaan sihat wal'afiat,

Penulisan saya serta amaalan pemakanan yang saya telah kongsikan sebelum ini ada menyebut tentang indek glisimik bahan makan, atau glycemic index(GI). Dalam usaha saya mengawal kenaikan kandungan gula di dalam darah, saya memberikan pertimbangan yang kuat tentang GI bahan makanan yang saya hendak makan, supa makanan yang di makan tidak meransang dan menaikkan kandungan gula di dalam darah yang terlalu tinggi dan seterusnya menaikkan kuantiti(respon) hormon INSULIN di dalam darah. 

Secara mudahnya, nilai GI yang ditunjukkan adalah merupakan perbandingan kesan kenaikan gula dalam darah sesuatu bahan makanan itu dengan gula pasir. Misalnya, kentang goreng(french fries) mempunyak nilai GI 110. Bermakna ia lebih kuat serta mampu meningkatkan kandungan gula di dalam darah jauh lebih tinggi berbanding dengan meminum air manis bergula. Bermakna juga kentang goreng apabila di makan ia akan menghasilkan hormon insulin yang banyak di dalam darah.

Keadaan di dalam badan di mana tahap insulin yang senantiasa tinggi boleh menyebabkan pelbagai kesai sampiang yang tidak menyihatkan, termasuklah radangan pada pembuluh darah dan jika berlarutan boleh memberikan kesan kesihatan yang tidak baik seperti penyakit kencing manis itu sendiri, serangan jantung, stroke serta kesosakan buah pinggang.

Jadi salah satu usaha untuk mencegah ini semua ialah dengan memerhatikan GI bahan makanan yang kita selalu makan. Pilihlah bahan makanan yang mempunyai nilai GI yang rendah. Bahan makanan yang mempunyai nilai GI yang rendah ini biasanya mengandungi serat yang tinggi. Kita semua ketahui bahawa serat adalah merupakan bahan yang menyihatkan usus seseorang.

Berikut adalah beberapa contoh nilai GI untuk bahan makanan kita:-

  1. Nasi putih: 80

  2. Beras perang: 68

  3. Kentang: 110

  4. Tepung gandum (biasa): 85

  5. Barli: 28

  6. Ubi keledek rebus: 60


Bagi bahan makanan yang mempunyai nilai GI yang tinggi, maka sesuailah kita mengecilkan saiz hidangan bagi mengurangkan kesaanya terhadap kandungan gula dan juga insulin di dalam darah. Seeloknya kita mengantikan bahan tersebut dengan makanan yang nilai GI-nya rendah.

Kalau anda perhatikan di dalam menu sarapan saya, setiap pagi saya memakan 2 biji telor rebus dan 2 keping roti bakar ( yang mempunyai nilai GI yang rendah). Apabila kita gandingkan karbohidrat dan protin di dalam makanan kita, saya dapati kesan lonjakkan kandungan gula tidaklah sebegitu tinggi berbanding hanya dengan memakan karbohidrat sahaja. Ini bermakna memakan roti canai bertelor adalah lebih menyihatkan berbanding dengan memakan roti canai kosong. Kesan positif seperti ini juga telah banyak di kongsikan oleh pakar-pakar penyakit diabetes di internet. Di dalam penulisan berikutnya saya akan kongsikan satu lagi pengalaman saya dalam perkara ini.


Sekian dahulu,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)




No comments:

Post a Comment

Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...