Monday, March 7, 2022

TINDAKAN SAYA DI PERINGKAT AWAL DIABETES

Bertemu kembali, serta Salam Hormat,

Sebaik sahaja saya mengetahui yang diri saya telah mengalami diabetes, selain daripada segera mencari ilmu di internet, berikut adalah di antara beberapa tindakan sertamerta yang telah saya ambil:-

1. Memulakan sarapan dengan meminum jus lemon, kadangkala saya tambah sedikit madu lebah,

2. Sarapan pagi hanya dengan 2 biji telor rebus dan 2 keping roti bakar. Saya sapu roti tersebut dengan sedikit lepa susu,

3. Minum air tea-o dengan setengah sudu kecil gula perang,

4. Berjalan kaki disekitaran rumah saya, hampir setiap pagi, sejauh 6,000 langkah dan kira-kira 1 jam,

5. Berkebun dari jam 10 pagi sampai ke jam 3.00 petang. Aktiviti ini hampir setiap hari saya lakukan, kecuali hari hujan atau ada lain keperluan yang lebih mendesak,

6. Saya lewat makan tengah hari kira-kira jam 3.30 petang ke jam 4.30 petang, setiap hari,

7. Kebanyakan hari saya menyambung kegiatan berkebuh saya sehingga jam 7.00 malam,

8. Saya makan malam kira jam 8.30 malam.


Begitulah rutin saya hampir setiap hari, beberapa lama. Setiap hari Selasa hampir setiap minggu, sebelum saya makan tengah hari, saya lakukan ujian saringan gula di dalam darah di kedai ubat(farmasi) di bandar Kuala Klawang. Ada ketikanya saya terus tidak makan tengah hari, apabila saya dapati bacan gula dalam darah saya melebihi paras 7mm/liter.

Roti yang saya makan pada waktu sarapan adalah roti yang mempunyai kadar Glycemic Index (GI) yang rendah. Dalam kes ini saya memakan roti yang mempunyai nilai GI 58. Roti yang memiliki nilai GI rendah ini tidak akan menaikkan kandungan gula di dalaam darah secara mendadak. Kemudian nanti saya akan buat pencerahan mengenai kepentingan nilai GI bahan makanan yang kita makan, supaya tahap gula di dalam darah tidak melambung tinggi, demikian juga dengan respon hormon insulin.

Bagi nasi pula, saya kecilkan saiz hidangan kepada 1/4 pinggan sahaja setiap kali makan dan kadangkala mungkin lebih sedikit daripada itu.

Bandingankan rutin saya di atas dengan intipati penulisan saya sebelum ini. Itulah maksud saya dari segi tindakan sebenar yang saya lakukan.


Sekian, semoga terus kekal sihat. In sha Allah.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).



No comments:

Post a Comment

Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...