Thursday, March 3, 2022

JIKA BACAAN GULA DALAM DARAN ANDA MELEBEHI 7mm/liter APA NAK BUAT?

Salam hormat,

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya perlu ingatkan anda semula, bacaan gula di dalam darah yang saya maksudkan di atas ialah bacaan yang di ambil selepas berpuasa selama 12 jam atau selepas overnight fasting. Saya mencadangkan supaya anda menggunapakai dan menilai bacaan gula yang diambil untuk beberapa hari. Bacaan yang di ambil dan dibuat penilaian hanya berasaskan sekali saringan sahaja, ada kalanya tidak memberikan gambaran yang tepat akan kedudukan gula di dalam badan anda.

Saringan yang saya maksudkan di atas juga adalah merupakan saringan yang biasa atau rutin yang anda boleh lakukan di kedai-kedai ubat atau farmasi. Apabila kesemua bacaan atau saringan berkenaan menunjukkan paras gula lebih daripada 7 mm/liter, saya sarankan anda elok membuat ujian lanjutan di klinik atau hospital untuk mendapatkan bacaan HbA1C darah anda. Bacaan HbA1C ini akan mengesahkan kedudukan sebenar purata bacaan gula dalam darah anda bagi tempoh 3 bulan kebelakangan dari tarikh saringan itu di buat.

Selain daripada membuat pengesahan melalui bacaan HbA1C, jika bacaan gula anda kesemuanya mebelihi 7mm/liter tetapi kurang daripada 9mm/liter, apa nak buat?


Pertama sekali JANGAN PANIK, bertenang dan bersabar.

Mengikut pengalaman saya keadaan di peringkat awal diabetes ini biasanya boleh dipulihkan semula dengan melakukan perubahan kepada amalan pemakanan dan gaya hdup seseorang. Pandangan saya, anda tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di hospital atau pun klinik perubatan. Tahap ketekunan atau istiqomah anda dalam melakukan perubahan amalan pemakanan dan perubahan gaya hidup, akan menentukan tempoh masa untuk kendaaan ini boleh dipulihkan semula. In sha Allah keadaan sebegini boleh dipulihkan dalam tempoh antara 6 ke 9 bulan. Saya mengambil masa setahun bagi memulihkan keadaan.

Apa maknanya di dalam bandan anda, apabila bacaan gula melebihi 7 mm/liter? Ia bermakna secara mudahnya, di dalam badan(darah) anda terlalu banyak gula daripada yang sepetutnya. Jadi kalau hendak menurunkan bacaan tersebut, apa yang anda boleh atau perlu buat? Jawaapan saya mudah sahaja, JANGAN TAMBAH LAGI KANDUNGAN GULA DI DALAM BADAN ANDA, DENGAN MENERUSKAN MEMAKAN KARBOHIDRAT.

Karbohydrat di atas saya maksudkan makanan seperti nasi, minuman bergula, kuih-muih, kentang serta jus buah-buahan. Anda misti SERTAMERTA mengambil tindakan mengurangkan memakan makanan tersebut. Sebaiknya lakukan pengurangan ini dalam tempoh 2 minggu. Nanti saya akan berikan contoh apa yang saya makan dalam usaha tersebut.

Pada masa yang sama juga, saya sarankan anda perlu bergiat aktif. Jika sebelum ini anda tidak pernah bersenan, mungkin selepas ini anda terpaksa bersenan untuk 3 hari dalam seminggu. Paling kurang anda berjalan kaki di persekitaran anda tinggal selama satu jam.

Jika anda ada mengunapakai jam tangan digital yang boleh mengira langkan perjalanan anda, saya sarankan anda berjalan kaki sebanyak 6,000 ke 10,000 langkah dalam sehari.

Saya turut mencadangkan juga anda melakukan puasa sunat setiap minggu, hari Isnin dan Khamis.

SELEPAS DUA MINGGU anda melakukan ini semua, anda boleh lah melakukan saringan semula kandungan gula di dalam darah anda. Jika bacaan gula anda masih melebihi 7mm/liter, bersaabar dan teruskan tindakan-tindakan tadi.

Anda boleh terus cuba kurangkan nasi yang anda makan setiap kali makan. Misaalnya hingga ke tahap 1/4 pinggan biasa sahaja.

Saya yakin bacaan gula anda akan mula menunjukkan penurunan ke arah normal setelah beberapa lama membuat penyesuaian makanan, khususnya nasi putih. Teruskan pemantauan gula anda secara berkala. Satu masa nanti anda akan perasan kuantiti karbohidrat yang sesuai buat anda dalam sehari supaya gula di dalam darah anda berada di tahap yang normal.


Sekian dahulu, dan selamat mencuba. In sha Allah.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)


No comments:

Post a Comment

Amalan puasa mampu memulihkan diabetes

Salam hormat,   Kita mengetahui bahawa diabetes adalah merupakan satu keadaan yang berlaku di dalam badan seseorang yang di sebut sebang...